Kambing Bumbu
Resipi oleh Chef Fazli, Executive Junior Sous Chef,
Makan Kitchen, DoubleTree by Hilton Kuala Lumpur
Ramuan dan bahan-bahan:
1kg kambing (di potong kiub)
90ml Santan
40ml Air (Optional)
40gm Kacang tanah (di kisar)
3nos Serai
20gm Serbuk ketumbar
20gm Serbuk jintan putih
20gm Serbuk jinta manis
100ml Minyak memasak
Di kisar halus:
70gm Bawang merah
20gm Bawang putih
30gm Halia
20gm Lengkuas
10gm Cili kering
Perasa (secukup rasa):
Garam
Lada sulah
Serbuk perasa
Gula kabung (Optional)
Garnishing:
1nos Tomato, di belah empat
1nos Cili merah, di hiris
10gm Daun kunyit, di goreng (Optional)
Cara cara memasak:
Panaskan minyak dan tumis bahan yang telah dikisar sehingga kekuningan. Masukkan kesemua rempah dan tumis sehingga naik baunya.
Masukan daging kambing dan di kacau sebati. Masak selama 10 minit dan masukan air. Renih sehingga daging kambing menjadi empuk.
Masukan santan dan kacang tanah, renih sehingga kuah menjadi pekat. Tambahkan bahan perasa mengikut kesesuaian. Hidang di dalam mangkuk dan di hias dengan cili dan tomato.
No comments:
Post a Comment