Worry no more when I can make this now with Chef Fazli's recipe, hurrah! His recipe is a bit unique with the addition of chick peas (kacang kuda).
Ayam Masak Merah
Resipi oleh Chef Fazli, Executive Junior Sous Chef,
Makan Kitchen, DoubleTree by Hilton Kuala Lumpur
Ramuan dan bahan-bahan:
600gm Ayam (dipotong)
80gm Minyak sapi
60gm Bawang merah (dikisar)
30gm Bawang Putih (dikisar)
15gm Halia - (dikisar)
2 batang Serai (di ketuk)
10gm 4 sekawan (kayu manis, bunga cengkih. bunga lawan &, buah pelaga)
400gm Tomato pes
400gm Cili boh
300gm Bawang (potong bulat)
4 tangkai Cili Hijau, cili merah (di potong dua)
2 biji Tomato (di potong 6)
50ml Susu cair
5gm Serbuk Kunyit
150gm Kacang kuda (di rebus)
Garam & Gula, secukup rasa
Cara-cara memasak :-
Panaskan minyak sapi ke dalam periuk. Masukkan bawang merah, bawanh putih dah halia yang di kisar. Kemudian masukkan cili boh dan tumis sehingga masak (pecah minyak).
Masukkan tomato pes ke dalam tumisan (sedikit sahaja). Tuangkan air and kacau. Setelah mendidih masukkan ayam ke dalam (masak dengan api perlahan).
Selepas sebati masukkan cili merah, cili hijau dan tomato dan kacang kuda. Setelah itu, masukkan susu cair ke dalam dan tambahkan bahan perasa. Akhir sekali setelah masak, boleh di hidang.
Tips:
- Tumiskan serai dan kayu manis terlebih dahulu
- Gunakan serbuk kunyit untuk menaikkan lagi warna masakan
- Nisbah bawang yang betul akan membantu menaikkan lagi rasa masakan
- Susu cair digunakan untuk memberi sedikit rasa lemak ke dalam masakan
- Kacang kuda di gunakan sebagai penambah bahan, boleh juga di gantikan dengan kacang peas atau sebagainya mengikut citarasa
this is probably my favorite malay stew!
ReplyDelete