Sup Tulang Rawan
Resipi Oleh Chef Zul, Malay Sous Chef,
Makan Kitchen, Doubletree By Hilton Kuala Lumpur
400gm Tulang rawan (potong kecil)
250ml Air rebusan tulang
100gm Kentang
70gm Lobak merah
70gm Daun saderi
30ml Minyak masak
10gm Minyak sapi (Optional)
15gm Cili kering (Optional)
20gm Rempah kurma
Herba campuran:
5gm Jintan manis
5gm Bunga lawang
5gm Bunga cengkih
5gm Kayu manis
5gm Biji ketumbar
4nos Daun bay (optional)
1nos Sup bunjut (optional)
Bahan bahan dikisar:
15gm Bawang merah
12gm Bawang putih
10gm Halia
10gm Lengkuas
10gm Kunyit hidup
Rencah dan perasa (Secukup rasa):
Garam halus
Lada sulah
Serbuk perasa
Hirisan dan hiasan:
15gm Daun sup
10gm Bawang goreng
Cara cara memasak :-
Panaskan minyak di dalam periuk yang sederhana besar dan tumis herba campuran sehingga naik baunya. Campurkan bahan yang telah di kisar dan tumis sehingga garing bersama rempah kurma, masukan tulang rawan dan kacau sebati.
Tuangkan air rebusan tulang dan renih sehingga daging empuk. Masukan kentang, lobak merah, daun saderi dan bahan perasa dan renih sehingga masak kesemuanya sekali.
Hidangkan di dalam mangkuk dan hias bersama daun bawang dan bawang goreng.
No comments:
Post a Comment